PENGENALAN

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)

  • Rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun yang ianya mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid yang telah disusun mengikut takwim sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Elemen yang perlu ada di dalam jadual rancangan pengajaran tahunan adalah :
     -Tajuk
     -Kemahiran
     -Nilai-Nilai

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN (RPM)

  • Rancangan yang dibentuk daripada perancangan tahunan iaitu sukatan pelajaran bagi tahun tersebut.
  • Elemen yang perlu ada di dalam jadual rancangan pengajaran mingguan adalah :
     -Minggu
     -Isi Pelajaran
     -Kemahiran
     -Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
     -Bahan Bantu Mengajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seseorang guru yang profesional yang perlu disediakan sebelum menlaksanakan sesuatu pengajaran. selain itu , ia juga boleh didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran pada sesuatu hari tertentu dengan menggunakan format-format yang telah ditetapkan.

Elemen utama yang perlu dalam perancangan harian ialah:
  1. Penulisan secara objektif
  2. Pengetahuan sedia ada
  3. Isi kandungan pengajaran 
  4. Strategi pengajaran dan pembelajaran
  5. Penyebatian kemahiran berfikir
Kepentingan rancangan pengajaran harian:
  1. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar
  2. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu
  3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran, meningkatkan kemahiran yang dikehendaki, menerapkan nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang
  4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
  5. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran
  6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik
  7. Guru dapat meramal situasi dalam kelas dan membuat persediaan mengatasi langkah-langkah
  8. Tingkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung
  9. Dapat memberikan peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan
  10. Melakukan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran secara lansung atau tidak 

No comments:

Post a Comment